kenalilah diriku

kenalilah diriku

Friday, December 24, 2010

Kisah Tukang Gunting Rambut ((iluvislam))



Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.
"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.
Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.
"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana."
"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum.
"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan.
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.
- Tamat
Dari cerita di atas ini, dapat kita simpulkan bahawa kadang-kadang mungkin kita pernah lupa akan ALLAH, TETAPI ALLAH tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingatiNYA sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat, kadang-kadang kita lupa akan kewujudan-Nya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah kita memujiNYA pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji diri kita sendiri setiap hari?

Alhamdulillah,,diterima,,

Assalamualaikum sahabat,,hari yg dinantikan tlh tiba,,skian lme menunda interview,,akhirnya hari ini dpt ana melangkah ke tadika little caliph utk ditemuduga,,first day interview ana perlu ke program JNS,,second day interview ana dmam gara2 rndu adk2 jns dan letih dgn tugasan2 yg perlu diselesaikan,,alhamdulillah hari ini ALLAH tlh beri kesempatan utk pegi temuduga,,tepat jam 2.30 ptg ana smpai di sana,,hati gundah gulana,,nervous,,sume ad,,tak pnh di interview,,hihi,,sbelum itu,,yana sahabat ana menelefon ana,,bg kate2 smngat pda ana,,sahabatku yana juga menasihat ana supya btol kan niat,,lillahi taala utk mengajar,,yana tlh mnenagkan hati ana,,terima kasih sahabat,,slalu bersama ana ketika ssh dan senag serta always doakn kejayaan ana,,hmm,,ktika ditemuduga,,umi Jriah mmberi kata2 perangsang dan cra how to tackel haty ank2 kecil,,sperti yg ana blaja di JNS,,kak shida alwys igt kan ana serta akk2 fasi utk TOUCH & HOLD,,bkn TOUCH & GO,,ank2 kecil n la yg perlu kte bntuk n ltk diacuan yg btol,,stlh habis sesi soal jawab,,Alhamdulillah,,Allah murahkn rezeki ana utk mengajar di tadika LITTLE CALIPH,,Insyaallah ana cbe utk cri idea2 yg boley buat ank2 kecil ini menerima tarbiyyah islam sejak dri kecil ini,,bagaimanalah keletah2 ank2 kecil ini,,Doakn ana mndpt buat yg terbaik dmi generasi yg akn dtg,,insyaallah,,

Sekian ceritera cinta ana utk tatapan sahabat2,,

Thursday, December 23, 2010





Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...